Friday, December 31, 2010

NEW YEAR TEKS 2011 BY PRESIDENT TUMPAT DISTRICT COUNCIL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama melangkah ke tahun baru 2011 Masehi sesudah kita melangkah ke tahun baru 1432 Hijrah pada tiga minggu sebelumnya. Sesungguhnya kedua-dua tahun baru yang berlaku hampir serentak ini memberikan satu signifikan kepada kehidupan kita semua.

Tahun 1431 Hijrah dan tahun 2010 Masehi telah berlalu, begitulah peredaran masa yang sudah menjadi sejarah dan kenangan. Berbagai kejayaan dilakar oleh Majlis Daerah Tumpat bersama warga kerjanya sepanjang tempoh tahun 2010 perlulah dijadikan panduan untuk kita terus mencipta kejayaan yang lebih cemerlang. Slogan ”Pejabat Ku Syurga Ku” harus dijadikan azimat kepada semua warga kerja Majlis Daerah Tumpat. Ini penting kerana jika semua warga kerja berjaya menghasilkan kerja-kerja dengan penuh dedikasi, sekaligus menjadikan Majlis Daerah Tumpat sebagai organisasi yang lebih berkualiti berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Selaras dengan iltizam untuk terus menjadi organisasi yang unggul, pada tahun 1432 Hijrah dan 2011 Masehi ini, semua warga kerja dan masyarakat yang menjadi tunjang utama entiti Majlis Daerah Tumpat perlu bersedia untuk terus berubah dari keadaan yang baik kepada yang lebih baik. Pengurusan dan sistem penyampaian dalam organisasi Majlis Daerah Tumpat perlu bebas dari kerenah-kerenah birokrasi lapuk yang menjadi kekangan kepada kecemerlangan perkhidmatan.

Masyarakat setempat yang menjadi warga Majlis Daerah Tumpat juga perlu bersama-sama berganding bahu merealisasi hasrat supaya Jajahan Tumpat terus menjadi tempat yang ”Indah Dan Bersih.” Pemikiran dan cara hidup kita perlu dipandu seperti mana yang telah digariskan oleh Agama Islam.

Oleh itu, marilah semua warga kerja dan masyarakat dalam Majlis Daerah Tumpat persiapkan diri untuk kita meneruskan gerak kerja yang bersepadu dengan penuh dedikasi demi mencapai matlamat seterusnya dapat merealisasikan dasar kerajaan “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”.

Sekian, terima kasih.


HJ SERPUDIN BIN MOHAMAD

Yang Dipertua
Majlis Daerah Tumpat

Wednesday, December 22, 2010

KEJOHANAN TERTUTUP BOWLING TEN PIN MDT PENUTUP TAHUN 2010

PIHAK PENGANJUR MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG YANG BERJAYA.

TEMA UNTUK KALI INI : BARANGAN KEPERLUAN DAPUR

21 DISEMBER 2010@SELASA

8.30 MALAM

PACIFIC BOWL, KB MALL KOTA BHARU


KATEGORI PRO:
SHAIRUL FAIDZAN BIN JAMALUDDIN


KATEGORI SEMI PRO:
TUAN INSPEKTOR ABU


KATEGORI AMATUR:
ZAHHAMAN BIN HUSSIN


KATEGORI WANITA:
SURIANI BT RAMLI


MISTERI PRO:
EN KAMAL


MISTERI SEMI PRO:
WAN AZIZOL BIN WAN HARUN


MISTERI AMATUR:
SHAMSUDDIN BIN MAT RIPIN


MISTERI WANITA:
YATIMAH BIN HJ YAHYA

Wednesday, December 15, 2010

16 Disember 2010, Khamis: TUMPAT, Majlis Daerah Tumpat tidak pernah meminggirkan kaum menoriti (kaum siam) di Jajahan Tumpat. Perkara ini telah dijelaskan oleh YB Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kelantan, En Mohd Zaki Bin Hj Ibrahim dalam ucapan perasmiannya di Majlis Ramah Mesra Bersama Kaum Siam yang di adakan di Dewan Kompleks Perpaduan Tumpat Kg Terbak pada 16 April 2010 baru-baru ini.

Bercakap pada majlis ini, beliau selaku Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kelantan dan juga merangkap ADUN Kelaboran telah merasmikan program tersebut yang membawa mesej kerajaan menyebut bahawa adalah tidak benar jika ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak cakna(menjaga) kaum menoriti ini. Kerajaan amat menyedari bahawa telah menjadi tanggungjawab bersama untuk membantu memperkukuhkan perpaduan antara kaum di seluruh negeri bagi melaksanakan segala visi dan misi yang telah disusun oleh Kerajaan Negeri Kelantan dibawah Kepimpinan Ulama'.

Menyedari hakikat ini jugalah bagi Majlis Daerah Tumpat dalam merealisasikan Dasar Kerajaan "Membangun Bersama Islam" mengadakan pertemuan seumpama ini agar maklumat atau mesej kerajaan dapat disalurkan kepada kaum menoriti ini secara terus.

Antara lain tujuan program ini ialah untuk memberi ruang kepada kaum menoriti ini bertukar pendapat serta mendapat informasi terkini dari semua jabatan yang dijemput untuk bersama menjayakannya.

Wednesday, December 8, 2010

HOLE SEMENTARA WAKTU

Pihak admin blog MDT memohon kemaafan kepada semua kerana segala berita berkenaan dengan MDT terhenti lama disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pihak admin akan mengaktifkan kembali blog ini bermula tahun 2011.
Harap maklum.

Tuesday, January 5, 2010

UCAPAN TAHUN BARU YDP MDT


Assalamualaikum wm wb

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk bercakap sepatah dua kata sempena Tahun Baru 2010. Tahniah kepada MDT kerana berusaha untuk mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian kepada pelanggan, perubahan budaya kerja berkualiti dan berinovasi perlu dititik beratkan oleh semua warga perkhidmatan dari kalangan MDT.

Atas kesedaran ini, MDT haruslah memacu pasukan ke arah matlamat untuk mempertingkatkan kepuasan pelanggan yang berurusan dipejabat kita sehari-hari. Dengan cabaran yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan yang menuntut ke arah perkhidmatan yang cepat, tepat dan berkualiti. Maka amalan kerja penjawat awam haruslah dipertingkatkan tanpa mengenal penat dan lelah dalam menguruskan kerja yang diamanahkan kepada kita.

Keberhasilan kerja yang tinggi ini adalah satu ibadah yang amat dituntut oleh agama sendiri dari kerukunan hidup manusia sejagat.

Oleh itu, saya menuntut agar budaya kerja cemerlang ini dapat diteruskan supaya kualiti kerja dapat meningkatkan ke arah intergriti.

Sekian, terima kasih.