Wednesday, December 15, 2010

16 Disember 2010, Khamis: TUMPAT, Majlis Daerah Tumpat tidak pernah meminggirkan kaum menoriti (kaum siam) di Jajahan Tumpat. Perkara ini telah dijelaskan oleh YB Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kelantan, En Mohd Zaki Bin Hj Ibrahim dalam ucapan perasmiannya di Majlis Ramah Mesra Bersama Kaum Siam yang di adakan di Dewan Kompleks Perpaduan Tumpat Kg Terbak pada 16 April 2010 baru-baru ini.

Bercakap pada majlis ini, beliau selaku Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kelantan dan juga merangkap ADUN Kelaboran telah merasmikan program tersebut yang membawa mesej kerajaan menyebut bahawa adalah tidak benar jika ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak cakna(menjaga) kaum menoriti ini. Kerajaan amat menyedari bahawa telah menjadi tanggungjawab bersama untuk membantu memperkukuhkan perpaduan antara kaum di seluruh negeri bagi melaksanakan segala visi dan misi yang telah disusun oleh Kerajaan Negeri Kelantan dibawah Kepimpinan Ulama'.

Menyedari hakikat ini jugalah bagi Majlis Daerah Tumpat dalam merealisasikan Dasar Kerajaan "Membangun Bersama Islam" mengadakan pertemuan seumpama ini agar maklumat atau mesej kerajaan dapat disalurkan kepada kaum menoriti ini secara terus.

Antara lain tujuan program ini ialah untuk memberi ruang kepada kaum menoriti ini bertukar pendapat serta mendapat informasi terkini dari semua jabatan yang dijemput untuk bersama menjayakannya.

No comments:

Post a Comment